Hati dan fikiran ini bingung.
Di saat diri ini memerlukan seorang insan.
Untuk di jadikan peneman.
Di kala jiwa ini terbelenggu
Dengan pelbagai persoalan.
Diri ini menoleh ke kiri dan ke kanan.
Tak kelihatan seorang insan.
Lalu diri ini menoleh ke belakang
Pun tak ada seorang yang ingin berdiri di samping diri yang lemah ini.
Ya Allah , rapuhnya hati ini.
taunya hanya nak bergantung harap pada orang lain.
sesungguhnya diri ini tak cukup kuat untuk berdiri sendiri.
Diri ini hanya mampu meminta pertolongan dari Mu .
kerana jiwa ini rapuh .
jiwa ini tak kental seperti perwira
yang sanggup berjuang demi pertahankan keaman dunia.
Diri ini terlalu lemah.
nak berdiri di kaki sendiri
tapi perlukan tongkat
agar dapat mengimbang diri ini
daripada jatuh.
Aku hanya insan biasa
jiwa ini tak kuat
pemikiran ini sempit
hati ini rapuh . . .
Rapuhnya Hati Ini