Kita di pertemukan dalam sebuah bilik kecil.
Saat dan ketika itu kita merupakan pelajar sekolah
Di situ bermulanya kisah kita..
Tercipta sebuah persahabatan yang tulus dan ikhlas ...
Sahabat ku yang tercinta
Tahun demi tahun telah berlalu
Meninggalkan zaman persekolahan ...
Namun ikatan ukhwah yang terjalin di antara kita
Masih kukuh sehingga kini....
Pelbagai kenangan yang terlakar dalam kotak fikiran kita
Kenangan yang tak mampu kita lupakan...
Wahai sahabat yang ku kasihi
Pelbagai cabaran,dugaan dan rintangan yang telah kita tempuhi.
Suka dan duka kita berkongsi bersama.
Tangis dan tawa kita luahkan bersama.
Sungguh indah ikatan yang terjalin di antara kita ..
Mungkin ini semua hanya sementara,namun sukar untuk kita hapuskan segala kenangan yang telah terukir.
Sahabat ku
"JODOH PERTEMUAN , AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN(ALLAH S.W T)"
Seandai nya kita telah di takdirkan berpisah suatu hari nanti.
Bawalah bersama kenangan kita ..
Andai kata di antara kita akan gugur di muka bumi ini..
Doakan la semoga kita aman dan tenteram tak kira di mana kita berada.
Khas buat sahabat dunia akhirat ku ...
Tanpa diri kamu yang bergelar sahabat ku ...
Aku seakan hidup seperti sebatang kara
Hadirnya kamu dalam hidup ku seakan memberi ku cahaya agar aku tetap kuat menempuh segala onak dan duri dalam perjalanan hidup ku.
Kita mungkin berbeza,
Kita datang dari keluarga yang berbeza ,
Namun itu semua bukan halangan bagi kita untuk bersama sehingga kini.
Kamu la sahabat dunia akhirat ku .... Sungguh aku bersyukur dapat mengenali kamu walaupun semua ini hanya sementara dan pinjaman dari Allah S.W.T.

No comments:
Post a Comment